Program Perasmian Kelas Celik Digital Sesi 2024 Bersama Tabika KEMAS Melugu Skim dan Tabika KEMAS Entulang

25 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 24 April 2024, Pusat Sebaran maklumat Nasional (NADI) Melugu dengan kerjasama Tabika KEMAS Melugu Skim dan Tabika KEMAS Entulang telah mengadakan Program Perasmian Kelas Celik Digital Sesi 2024 bersama kanak-kanak, guru-guru, pembantu dan ibu bapa kanak-kanak serta pegawai-pegawai KEMAS. Program ini diadakan bertujuan untuk merasmikan program kelas celik digital bagi tahun 2024 di NADI Melugu.

Program ini dimulai dengan penyertaan kanak-kanak tabika kemas dalam permainan di laman web Abcya.com bertajuk All About Me dimana mereka digalakkan untuk menaip nama, tarikh lahir, nama guru, cita-cita, makanan kegemaran, haiwan kesayangan, warna kegemaran dan hobi dengan tunjuk ajar dan bantuan daripada ibubapa/penjaga.

Program diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan lagu Tabika serta bacaan doa. Selain itu, program ini diserikan lagi dengan ucapan kata aluan dari Pengerusi Tabika KEMAS Melugu Skim iaitu TR Siti Amid, Pengerusi Tabika KEMAS Entulang iaitu TR Noria anak Ampat dan Pengurus NADI Melugu iaitu Pn. Stella anak Tarang. Pn. Stella turut menerangkan tentang program dan kelas-kelas ICT yang telah diadakan bersama Tabika KEMAS Melugu Skim dan Tabika KEMAS Entulang pada bulan September hingga November 2023. Pn. Marinda Steward Thaim yang merupakan Pegawai KEMAS bagi bahagian Sri Aman telah merasmikan Kelas Celik Digital bagi sesi 2024.

Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan bergambar bersama kanak-kanak tabika, ibubapa, penjaga, guru-guru, pembantu Tabika KEMAS Melugu Skim dan Entulang serta pegawai-pegawai jemputan dari KEMAS.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali